DIAMOND DEALER KOTA BHARU

DIAMOND DEALER KOTA BHARU

Tuesday, April 15, 2014

Pelembap Wajah Dhia Ardini

Assalamualaikum....

Hari ni mama nak kongsi tentang satu lagi produk keluaran Dhia Ardini... Pelembap a.k.a Moisturizer..


Ramai yg malas dan melupakan kepentingan pelembap... ramai menganggap pelembap hanyalah salah satu elemen tambahan atau sekadar pilihan jika mahu.. pelembap merupakan elemen penting dlm penjagaan wajah...

Apa kandungan dlm Pelembap Dhia Ardini?

Pelembap Dhia Ardini diformulasi dgn ramuan yg terpilih dan berkhasiat..sesuai utk semua jenis kulit.. bhn2nya adalah:-

Aloe vera cream - baik utk anti-penuaan, melawan masalah jerawat, pelembap, merawat kulit yg terbakar kesan sunburns

Green tea extract (ekstrak teh hijau) - memperlahankan proses penuaan, anti-oksidan yg menghalang kulit dr rosak akibat terdedah dgn keadaan persekitaran, memperbaiki tona kulit, meningkatkan tahap keanjalan kulit.

Chamomile extract (sejenis tumbuhan berbunga putih dan kuning dr keluarga bunga matahari) -agen anti-oksidan, agen pelembap, membantu memulihkan kulit yg terbakar kesan cahaya matahari, menghilangkan parut jerawat dan jeragat.

Allantion (sebatian kimia yg dibenarkan) - melembutkan, melembapkan dan memperbaiki struktur kulit yg telah rosak

Kenapa pelembap penting?
  1. Kerana ia boleh membantu memastikan kulit wajah kita tidak kering..apabila kekeringan byk kerosakan pada kulit wajah akan berlaku..jadi pelembap dpt membantu menjaga kualiti kulit wajah dan memelihara teksturnya.
  2. Memberikan perlindungan..dlm pelembap adalah kandungan minyak yg dpt menjadi lapisan utk menangkis faktor pencemaran di sekeliling kita spt jelaga, kotoran dan debu.
  3. Memperbaiki penampilan kulit.. kulit yg terjaga dari segi kelembapan akan tampak segar, mulus dan lebih halus...pori2 juga akan mengecil dan melambatkan proses penuaan.

Bila nak pakai???

Pakai selepas kita pakai penyegar wajah a.k.a toner...  liang2 roma wajah akan dibersihkan dan ditutup kembali selepas penggunaan toner... jadi kita memerlukan pelembap utk mengekal stabiliti kulit...
Selepas pakai pelembap barulah pakai foundation...
Dan belah mlm pulak lepas pakai toner, pakailah pelembap dan kemudiaannya pakailah krim malam..

Macam mana nak pakai?

Ada teknik utk pakai pelembap.. utk memastikan pelembap betul2 mesra dgn kulit wajah kita...mulakan dari bawah iaitu dari dagu..dgn gaya urutan membulat.. bawa perlahan2 naik sampai ke dahi..di bahagian hidung boleh la gosok atas bawah secara berulang kali.. ini adalah demi memastikan kulit tidak menggeleber...dan berkedut...


Oklah... harap korang semua faham dan peroleh sedikit maklumat tentang pelembap secara amnya dan Pelembap Dhia Ardini secara khususnya...

Selamat mencuba... Dhia Ardini pilihan terbaik buat semua...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment